Inovasi Teknologi Corak Semula Jelapang, Jamin Keselamatan Makanan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 04 Ogos 2026

Foto dron pada 29 Julai 2026 menunjukkan pesawat pertanian menjalankan operasi melindungi tanaman dari udara di ladang jagung milik Beidahuang Group di provinsi Heilongjiang, timur laut China. (Foto oleh Ren Baoji/Xinhua)

Dipacu oleh kaedah penyelesaian pertanian pintar, penaiktarafan teknologi sedang mencorakkan semula kawasan tengah jelapang China di Heilongjiang, menyokong lagi keselamatan makanan negara.

Sebagai provinsi pengeluar bijiran terbesar China selama 16 tahun berturut-turut, Heilongjiang di timur laut mengutamakan inovasi teknologi pertanian untuk mengekalkan hasil yang lumayan dan stabil, yang turut menambah kecekapan pertanian serta pulangan.

Mesin tanpa manusia memindahkan anak benih padi di sebuah sawah syarikat kendalian Beidahuang Group di provinsi Heilongjiang, timur laut China, 11 Mei 2026. (Foto oleh Wang Xue/Xinhua)

Mesin tanpa manusia memindahkan anak benih padi di sebuah sawah syarikat kendalian Beidahuang Group di provinsi Heilongjiang, timur laut China, 11 Mei 2026. (Foto oleh Wang Xue/Xinhua)

Terdapat 676,000 mesin pertanian pintar di Heilongjiang, iaitu paling banyak di seluruh negara. Provinsi ini juga telah membangunkan 20 ladang pintar tanpa manusia di samping melancarkan robot perumput laser AI pertama China yang kini diguna pakai secara meluas di ladang-ladang tempatan.

Difahamkan, provinsi itu kini terdepan di negara dari segi kadar pemesinan tanaman komprehensif, yang telah pun mencecah 99.28 peratus, melibatkan fasa pembajakan, penyemaian, hinggalah penuaian.

Pada 2025, Heilongjiang untuk kali ke-22 mengaut hasil tuaian yang luar biasa banyaknya, dengan rekod baharu output sebanyak 82 juta tan.

Gabenor Heilongjiang Liang Huiling menyatakan bahawa dalam tempoh Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030), provinsi itu akan memajukan kelompok industri berfokuskan robot pertanian, peralatan pertanian pintar, dan ekonomi altitud rendah.

Video

Berita Berkaitan