Xi, Sultan Hassanal Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 35 Tahun Hubungan Diplomatik China-Brunei

(CRI)Rabu 30 September 2026

Presiden China Xi Jinping dan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah bertukar ucapan tahniah pada Rabu, sempena sambutan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa beliau amat mementingkan hubungan China-Brunei, bersedia bersama dengan Sultan Hassanal menyuburkan persahabatan tradisional dan memperdalam kerjasama strategik secara komprehensif.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk mempertingkat kerjasama saling menguntungkan, menerajui pembinaan dan pengukuhan komuniti berkongsi nasib China-Brunei demi kesejahteraan rakyat, di samping membuat sumbangan yang lebih besar kepada kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau.

Sementara itu Sultan Hassanal menyatakan bahawa kedua-dua negara mencapai konsensus penting demi membina komuniti berkongsi pada tahun 2025.

Justeru baginda berharap dapat memanfaatkan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik Brunei-China untuk memperkukuh lagi ikatan hubungan bilateral, memperdalam kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan sosiobudaya sekaligus mewujudkan kemakmuran dan kemajuan bersama, selain membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan