- Lain-lain
Kapal Persiaran Adora Flora City Bersiap untuk Pelayaran Komersial pada November

Kapal persiaran buatan China, Adora Flora City menerima penempatan anak kapal kumpulan pertama seramai 600 orang pada Khamis, menandakan kapal persiaran berkenaan masuk fasa persiapan akhir untuk operasi komersial.
Adora Flora City ialah kapal persiaran bersaiz besar kedua yang dibangunkan China. Ia dijadual akan diserah pada 6 November, dan memulakan pelayaran komersial sulungnya pada 22 November nanti.
Menurut pihak pengendali, Adora Flora City akan ditempatkan kira-kira 1,300 anak kapal. Kumpulan pertama anak kapal seramai 600 orang berasal dari lebih 20 negara dan mereka mempunyai banyak pengalaman berkhidmat di kapal persiaran antarabangsa.
Semua anak kapal akan mengikuti latihan khas merangkumi piawaian perkhidmatan, peraturan maritim, pengetahuan keselamatan dan produk kapal baharu demi menawarkan perkhidmatan bermutu serta pengalaman yang selesa dan memuaskan kepada para penumpang.

- Kapal Persiaran Adora Flora City Selesai Ujian Pelayaran
- Kapal Persiaran Adora Flora City akan Lakukan Pelayaran Sulung pada November 2026
- Kapal Persiaran Mega Buatan China Sedia Beroperasi Hujung Tahun
- Pelabuhan Shanghai Terima Kapal Persiaran Antarabangsa Pertama pada Tahun Kuda
- Kapal Persiaran Adora Mediterranea Mulakan Pepayaran Sulung ke Asia Tenggara
- China Muncul Sebagai Pendahulu Global Dalam Pembinaan Kapal Canggih
- Festival Kapal Persiaran Antarabangsa Shanghai 2025 Bermula
- Kapal Persiaran Besar Pertama Buatan China Debut di Qingdao
- Kapal Persiaran Mega Kedua Buatan China Dijadual Siap pada 2026
- Pelan Laluan Qingdao 2025 Adora Magic City Dikeluarkan




