Kapal Persiaran Adora Flora City akan Lakukan Pelayaran Sulung pada November 2026

(CRI)Rabu 20 Mei 2026

Kapal persiaran buatan China Adora Flora City dijadual akan melakukan pelayaran sulungnya pada 22 November 2026.

Kapal itu akan berlepas dari Pelabuhan Induk Kapal Persiaran Antarabangsa Nansha di Guangzhou untuk musim pelayaran pertama, menurut syarikat pengendali Adora Cruises.

Penempahan tiket laluan kapal itu telah dibuka bermula 20 Mei.

Selain laluan biasa, Adora Flora City juga akan menawarkan pakej "Southeast Asian Charms" selama sembilan hari lapan malam, serta pakej ke Hong Kong selama empat hari tiga malam sempena sambutan Tahun Baharu.

Selain itu, Adora Flora City juga akan membuka pelayaran "Maritime Silk Road Discovery" selama 17 hari 16 malam, membawa pelancong melawat ke enam negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Untuk rekod, Adora Flora City ialah kapal persiaran bersaiz besar kedua yang dibangunkan China. Panjangnya 341 meter, dan boleh membawa 5,232 penumpang pada satu-satu masa.

Video

Berita Berkaitan