- Lain-lain
China Umum Pelan Inovasi Sains, Teknologi Rel 2026-2030

Foto dron bertarikh 4 Oktober 2026 menunjukkan sebuah kereta api laju rel Harbin-Yichun membelah kawasan hutan pada musim luruh di Yichun, provinsi Heilongjiang, timur laut China. (Foto oleh Li Jiaxing/Xinhua)
China, pengendali rangkaian rel kelajuan tinggi terbesar dunia, telah memperkenalkan sebuah inisiatif inovasi sains dan teknologi kereta api untuk tempoh Pelan Lima Tahun ke-15 (2026-2030).
Rancangan ini menggariskan tugas asas melibatkan penyelidikan dan teknologi baharu, pembinaan kejuruteraan, peralatan teknikal, perkhidmatan pengangkutan, rel digital dan pintar, keselamatan, serta pembangunan secara hijau dan karbon rendah.
Diumumkan baru-baru ini oleh Pentadbiran Rel Negara (NRA), pelan tersebut mencadangkan pembentukan sebuah sistem inovasi ke arah pemodenan rel menjelang 2030.
Dalam tempoh 2026-2030 ini, China merancang membina sekitar 30 pangkalan inovasi baharu di bawah NRA, menyasarkan lagi kemajuan dalam sekurang-kurangnya 100 teknologi teras selain lebih 500 pencapaian penting dari segi sains dan teknologi.
Ia juga merangka tidak kurang daripada 20 senario penggunaan tipikal atau projek demonstrasi dalam bidang seperti sistem operasi tren laju 400 km/j.
Berhubung peralatan teknikal, pelan berkenaan menyarankan supaya memajukan penyelidikan secara teratur berkaitan teknologi maglev kelajuan tinggi 600 km/j, begitu juga ujian dan pengesahan teknologi teras untuk pengeluaran domestik.
Dalam aspek perkhidmatan pengangkutan pula, platform tiket rasmi 12306 akan dinaiktarafkan daripada khidmat jualan satu tiket semata-mata kepada khidmat pintar meliputi seluruh perjalanan, menyediakan penyelesaian sehenti bagi perjalanan antara mod demi memenuhi keperluan penumpang yang tersendiri dan pelbagai.
China akan mempercepat pembinaan model besar, set data dan infrastruktur pengkomputeran berkaitan industri rel, di samping mewujudkan sekurang-kurangnya 20 set data industri berkualiti tinggi serta lebih 20 senario penggunaan kecerdasan buatan tipikal, menurut pelan itu lagi.
Menyentuh pembangunan secara hijau dan karbon rendah, pelan menggesa supaya menggalakkan operasi demonstrasi lokomotif diesel yang kurang pelepasan dan kurang menggunakan bahan bakar, serentak dengan lokomotif dan kenderaan rel pelbagai sumber kuasa seperti bateri dan hidrogen. Ini sekali gus akan membentuk dan menambah baik sebuah sistem pengurusan karbon, yang turut membantu sektor ini mencapai puncak pelepasan karbon menjelang 2030.
- Malaysia, Sumber Pelancong Asing Terbesar bagi HSR Jakarta-Bandung
- Laluan HSR Ruijin-Yan'an Beroperasi Hari ini
- Tren Metro Meluncur Rentas Lukisan Hidup
- Rel antara Mod Baharu Percekap Logistik Xiamen
- HSR Modal Swasta Pertama China Kendali Lebih 100 Juta Perjalanan
- Rel Laju Beijing-Shanghai Rekod Lebih 2.3 Bilion Penumpang dalam 15 Tahun
- China Catat Lonjakan Perjalanan Rentas Wilayah Semasa Pesta Perahu Naga
- Aliran Kargo, Penumpang Rel Tumbuh Stabil Jan-Mei
- Ketibaan Penumpang Kereta Api di China pada Januari hingga Mei Naik 5.7%
- Lebih 100 Juta Perjalanan Berkereta Api pada Cuti Hari Pekerja




