- Lain-lain
Aliran Kargo, Penumpang Rel Tumbuh Stabil Jan-Mei

Foto dron pada 9 Jun 2026 ini menunjukkan pemandangan Jambatan Lebuh Raya-Kereta Api Chongqi merentas Sungai Yangtze antara Shanghai dan Jiangsu di timur China. (Xinhua/Ji Chunpeng)
Rel China melaporkan pertumbuhan stabil baik dari segi aliran kargo mahupun penumpang dalam lima bulan pertama 2026 sementara pelaburan aset tetap terus meningkat, menurut Pentadbiran Kereta Api Negara pada Isnin.
Antara Januari hingga Mei, jumlah kargo kereta api mencecah 2.19 bilion tan, naik 3.1 peratus tahun ke tahun. Pusing ganti kargo pula dilaporkan meningkat 6.3 peratus kepada 1.56 trilion tan-km.
Dari segi jumlah penumpang, 1.97 bilion perjalanan telah dikendalikan melalui rel, menandakan suatu kenaikan sebanyak 5.7 peratus berbanding tahun sebelum.
Dalam tempoh sama juga, pelaburan aset tetap melibatkan sektor kereta api tumbuh 2.6 peratus kepada 248.5 bilion yuan, seiring pembinaan rangkaian yang terus menunjukkan kemajuan.
Memetik pegawai dari jabatan tersebut, paras aliran penumpang dan kargo yang kekal tinggi berserta pembinaan jalan kereta api yang lancar, menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi setempat.
- Ketibaan Penumpang Kereta Api di China pada Januari hingga Mei Naik 5.7%
- Pelabuhan Ulastay Xinjiang Terima Kargo Masuk Pertama pada 2026
- Lebih 100 Juta Perjalanan Berkereta Api pada Cuti Hari Pekerja
- Rel Laju Persiap Khidmat Haiwan Kesayangan Menjelang Hari Pekerja
- Lebih 845 Juta Perjalanan pada Cuti Pesta Qingming
- Rel China-Laos Angkut Lebih 80 Juta Tan Kargo
- Alat Kimpal Pintar Debut di Tapak Pembinaan Rel, Zhejiang
- Pemasangan Trek Seksyen Yunnan Kereta Api Laju Chongqing-Kunming Mula
- Rel China-Laos Kendali Lebih 18 Juta Tan Kargo Rentas Sempadan
- Jamin Keselamatan Rel dalam Musim Pengangkutan Sempena TBC




