Airshow China ke-16 Dijadual Berlangsung pada Disember

(CRI)Rabu 14 Oktober 2026

Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China atau 'Airshow China' ke-16 dijadual berlangsung di Zhuhai, provinsi Guangdong dari 7 hingga 13 Disember.

Sempena ulang tahun ke-30 'Airshow China', skala pameran kali ini akan diperluas dengan menyaksikan himpunan aset dan teknologi baharu dalam bidang penerbangan serta aeroangkasa yang bakal dipertontonkan kepada umum secara besar-besaran.

Difahamkan, lebih 3,000 bahan pameran termasuk 170 unit pesawat akan dipamerkan sepanjang acara tersebut.

Video

Berita Berkaitan