Sidang Kemuncak CEO APEC 2026 Keluarkan Inisiatif Shenzhen, Seru Bina Kemakmuran Bersama di Asia-Pasifik

(CRI)Rabu 18 November 2026

Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 mengeluarkan inisiatif Shenzhen pada Rabu.

Inisiatif itu menyeru pelbagai pihak agar memperkasakan ekonomi terbuka, memacu pertumbuhan inklusif melalui inovasi teknologi, meningkatkan kesalinghubungan serantau, dan berganding bahu untuk membina kemakmuran bersama.

Ini kali dokumen hasil dicapai dalam bentuk inisiatif dalam sejarah 30 tahun sidang kemuncak CEO itu.

Inisiatif itu menekankan bahawa dipandu empat bidang keutamaan, iaitu keterbukaan dan keterangkuman, pertumbuhan dipacu inovasi, kesalinghubungan bertahap lebih tinggi, dan kerjasama saling menguntungkan, komuniti perniagaan di Asia-Pasifik bersedia untuk berganding bahu dengan semua ekonomi untuk melaksanakan Visi Putrajaya 2040 secara menyeluruh, dan membina Komuniti Asia-Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan, dan aman.

Inisiatif itu turut menyeru pelbagai ekonomi agar menterjemahkan tema APEC tahun ini iaitu "Building an Asia-Pacific Community to Prosper Together," kepada tindakan praktikal supaya rantau Asia-Pasifik kekal muncul sebagai enjin utama bagi pertumbuhan dunia serta komuniti yang makmur bersama.

Video

Berita Berkaitan