- Lain-lain
Setiap Negara Kecil, Ekonomi Pesat Membangun Perlu Dilayan Sama Rata - PM Anwar

Setiap negara kecil dan ekonomi pesat membangun perlu dihormati, dilayan penuh maruah dan menerima layanan sama rata di pentas antarabangsa.
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 yang berlangsung di Shenzhen pada Rabu.
Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan APEC memainkan peranan unik dalam membantu negara-negara berkenaan menyuntik nafas baharu menerusi perdagangan antarabangsa dan kerangka pelaburan yang berkaitan.
Anwar berkata, Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang tersebut juga telah menggariskan hala tuju menyeluruh, yang menekankan keperluan CEO syarikat, kerajaan dan komuniti perniagaan untuk berganding bahu, memperkukuh kerjasama dua hala dan pelbagai hala serta merangka dasar yang jelas.
- Xi Anjur Jamuan Malam di Shenzhen, Sambut Kedatangan Tetamu Yang akan Menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33
- PM Malaysia Anwar Ibrahim Tiba di Shenzhen
- Xi Sambut Ketibaan Trump di Lapangan Terbang Shenzhen
- Xi Bertemu Presiden Rusia Putin
- Xi Sampaikan Ucaptama pada Sidang Kemuncak CEO APEC 2026
- Xi Bertemu Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung
- FYP Ke-15 China Tawar Peluang Pertumbunan kepada Dunia - Xi
- Xi Bertemu Presiden Chili Kast di Shenzhen
- Xi Bertemu Presiden Peru Fujimori di Shenzhen
- Xi Bertemu Presiden Mexico Cheinbaum di Shenzhen




