Sulaman Xiang

(CRI)Rabu 07 September 2022
Sulaman Xiang

Sulaman Xiang dari Provinsi Hunan terkenal dengan sejarahnya yang lama, tahap ketukangan yang halus, serta teknik dan gaya menjahit yang tersendiri.

Hasil sulaman Xiang yang bersejarah paling lama di China terbongkar melalui penemuan sebuah kubur zaman Dinasti Han (tahun 206 sebelum Masihi-220 Masihi) di Mawangdui, Shangcha. Teknik menyulam pada masa itu hampir sama dengan teknik kini. Ini membuktikan bahawa sulaman itu sudah wujud pada zaman Dinasti Han, iaitu kira-kira 2,000 tahun yang lalu. Sulaman itu berkembang secara berterusan dan menyeluruh, lalu mencapai puncaknya pada awal abad ke-20.

Sulaman Xiang dari Provinsi Hunan terkenal dengan sejarahnya yang lama, tahap ketukangan yang halus, serta teknik dan gaya menjahit yang tersendiri. Sutera tulen, satin keras, satin lembut dan nilon serta benang sutera yang berwarna-warni merupakan bahan-bahan jahitan sulaman Xiang ini.

Gaya Hidup