Genap Tiga Bulan Kru Shenzhou-14 di Stesen Angkasa

(CRI)Rabu 07 September 2022
Genap Tiga Bulan Kru Shenzhou-14 di Stesen Angkasa

Genap tiga bulan kru Shenzhou-14 bertugas di ruang angkasa lepas.

Pada 5 Jun, tiga angkasawan kru tersebut iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe memasuki modul teras Tianhe untuk memulakan tugasan selama enam bulan di stesen angkasa lepas.

Dalam pada itu, ketiga-tiga angkasawan telah menjalankan misi di modul eksperimen Wentian termasuk pemasangan kelengkapan dan uji kaji tumbesaran tumbuhan.

Selain itu, mereka juga menjalankan pelbagai latihan yang melibatkan penggunaan lengan robot, penyelamatan diri dan kemahiran perubatan, serta membuat persiapan untuk aktiviti luar kenderaan (EVA).

Pada 2 September, kru angkasawan Shenzhou-14 berjaya menyelesaikan misi EVA selama kira-kira enam jam.

Ia sekali gus mencipta banyak rekod baharu termasuk julung kalinya angkasawan keluar dari kabin sendat udara dan keseluruhan proses itu dibantu oleh lengan robot kecil.

Gaya Hidup