China, Malaysia Terus Naik Taraf “Dua Negara Dua Taman”

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 19 September 2022
China, Malaysia Terus Naik Taraf “Dua Negara Dua Taman”

Forum Pembangunan dan Penaiktarafan “Dua Negara Dua Taman” China-Malaysia dan upacara operasi pembangunan dan penaiktarafan “Dua Negara Dua Taman” China-Malaysia telah diadakan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada 17 September lalu.

Sebagai salah satu acara penting dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) edisi ke-19, forum dan upacara tersebut bertujuan untuk merumuskan serta mengimbau kembali proses kerjasama “Dua Negara Dua Taman” China-Malaysia dalam tempoh sedekad lalu, melaksanakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara menyeluruh, bersama-sama membina “Jalur dan Laluan” (BRI) dan laluan baharu perdagangan darat dan maritim antarabangsa secara berkualiti tinggi, mendorong pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0, mempergiat pembangunan dan penaiktarafan “Dua Negara Dua Taman” China-Malaysia serta meningkatkan taraf perdagangan dan pelaburan yang lebih bebas dan mudah antara kedua-dua negara.

Sebagai rekod, Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China masing-masing dibuka pada April 2012 dan Februari 2013.

Sejak 10 tahun yang lalu, “Dua Negara Dua Taman” telah malakukan penerokaan yang aktif bagi China, Malaysia untuk terus menjalankan kerjasama terbuka dan bertaraf tinggi.

Kelompok perindustrian berdasarkan "Dua Negara Dua Taman" China-Malaysia terus berkembang untuk membentuk rantai industri rentas sempadan, rantai pembekalan dan rantai nilai sehingga kerjasama menang-menang menuju ke tahap yang baharu.

Sehingga kini, lebih 200 program dan perjanjian pelaburan yang bernilai melebihi RMB 190 bilion (≈RM 122 bilion) telah ditandatangani di Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia yang menduduki kawasan seluasa 25 kilometer persegi. Pada waktu yang sama, lebih 30 ribu orang pula disediakan peluang pekerjaan.

Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China yang menduduki kawasan seluas 9 kilometer persegi pula telah menarik pelaburan sebanyak lebih RMB 40 bilion (≈RM 25 bilion) di samping menyediakan hampir 20 ribu pekerjaan. Jumlah kapasiti pengendalian kargo pelabuhan Kuantan meningkat 10 juta tan setiap tahun.

Melalui wahana kerjasama “Dua Negara Dua Taman”, China dan Malaysia berjaya membina rantai industri rentas sempadan sarang burung China-ASEAN yang pertama. Sehubungan itu, pengguna China dapat menikmati sarang burung Malaysia yang berkualiti tinggi. Selain itu, ujian inovasi kewangan Renminbi (RMB) rentas sempadan telah diadakan di dua taman tersebut. Dengan adanya perkhidmatan tersebut, usahawan dari kedua-dua negara bahkan negara-negara ASEAN yang lain dapat menikmati perkhidmatan kewangan rentas sempadan dan pinjaman wang secara lebih pantas dan mudah. Jumlah pengurusan berkenaan telah mencecah RMB 18 bilion (≈RM 11.5 bilion) setakat ini.

Di samping itu, model “pelabuhan-rantai industri-taman” (港是港口,园是产业园,产是产业链) telah dikembangkan. Pengangkutan langsung kontena dua hala telah direalisasikan antara pelabuhan Qinzhou dan pelabuhan Kuantan.

Menempuh sedekad baharu, China dan Malaysia akan terus berusaha untuk mendorong perdagangan, pelaburan, kewangan, logistik, ekonomi digital, pertukaran tenaga insan rentas sempadan menjadi lebih bebas dan mudah, sekali gus menawarkan lebih banyak peluang perniagaan bagi syarikat kedua-dua pihak di samping terus mendorong pelaksanaan RCEP dan pembinaan CAFTA versi 3.0.

 

Gaya Hidup