China Sentiasa Pembekal Peluang bagi Dunia

(CRI)Rabu 26 Oktober 2022

Dalam laporan disampaikan Presiden China, Xi Jinping dalam Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) baru-baru ini, beliau berkata, China mengekalkan dasar diplomatik yang bertujuan melindungi keamanan dunia dan mendorong pembangunan bersama di samping berusaha membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Isyarat yang terdedah dalam ucapan Presiden Xi tersebut menimbulkan perbincangan hangat di masyarakat antarabangsa. Terdapat ahli penganalisis yang berpendapat bahawa ini memperlihatkan keputusan dan keazaman China untuk terus menempuh jalan modenisasi berdasarkan pembangunan damai, manakala PKC pula akan “terus memberi sumbangan lebih besar bagi kedamaian, kemajuan dan kemakmuran dunia”.

Gaya Hidup