CIIE Perkenal Makanan Lazat dari Seluruh Dunia kepada Pengguna China

(CRI)Khamis 03 November 2022
CIIE Perkenal Makanan Lazat dari Seluruh Dunia kepada Pengguna China

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi kelima yang akan berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 10 November nanti dianggap sebagai satu-satunya ekspo di dunia yang khusus dianjurkan untuk mengimport barangan dari luar negara.

Ekspo itu menyediakan peluang bagi perusahaan negara-negara terlibat untuk menembusi pasaran China.

Melihat rekod pada penganjuran CIIE pada edisi-edisi terdahulu, kebiasaannya, ruang pameran Makanan dan Produk Pertanian CIIE menarik kunjungan ramai orang yang datang untuk melihat, mencuba dan membeli.

Pasaran gergasi China mempunyai populasi 1.4 bilion orang dengan golongan pendapatan sederhana yang melibatkan populasi 400 juta orang.

Golongan pendapatan sederhana China terbukti dengan skalanya yang terbesar dan perkembangan paling pesat di dunia.

Untuk rekod, pengimportan barang dan perkhidmatan mencatat USD2.5 trilion(RM11.86 trilion) setiap tahun di negara ini yang menyaksikan pasaran penggunaan berpotensi besar dan prestasi kekal baik dalam jangka masa yang panjang.

Slot bagi mempertontonkan produk baharu di dunia dan Tanah Besar China telah diadakan untuk 1,500 jenis produk dan perkhidmatan baharu dengan mencapai urus niaga bernilai USD272.3 bilion (RM1.3 trilion) dalam CIIE keempat-empat edisi yang lalu.

China menyasar untuk meningkatkan permintaan domestik dan memenuhi aspirasi rakyat terhadap kehidupan lebih indah dalam pertumbuhan ekonominya.

Gaya Hidup