- Lain-lain
Keindahan Musim: Beras dalam Tandan
Hari ini adalah Mangzhong, atau Beras dalam Tandan, iaitu penggal kesembilan dalam kalendar ‘24 Musim’, menandakan permulaan pertengahan musim panas. Ayuh ikuti Sisi untuk menerokai keunikan musim ini di kampung Hongcun di Provinsi Anhui di timur China!
“Jika benih tidak ditanam ketika Mangzhong, adalah tidak berguna untuk menanamnya langsung”. Bidalan tersebut menunjukkan betapa petani China pada zaman purba mengikuti ketetapan masa bercucuk tanam yang tepat. Pada tempoh itu, bahagian selatan China akan menanam padi, manakala di utara pula akan menuai gandum. Kesibukan petani di ladang sekali gus menghasilkan suasana yang hiruk-pikuk.
Semasa penggal ini, Delta Sungai Yangtze memasuki musim ‘hujan plum’, yang dinamakan daripada plum yang telah masak. Di Hongcun, hujan renyai-renyai menghasilkan pemandangan penuh misteri dan atmosfera seperti dunia khayalan. Dinding putih dan lantai hitam seni bina gaya Huizhou dilihat sebati dengan sungai dan bukit hijau, secara tidak langsung kelihatan seolah-olah lukisan cat tradisional China.
Dengan ketibaan Beras dalam Tandan, musim bunga juga beransur-ansur tenggelam. Orang ramai mengucapkan selamat tinggal kepada bunga-bunga sebagai tanda penghargaan, dan menanti-nantikan untuk kemakmuran musim bunga pada tahun depan. Di serata dunia juga turut menghargai bunga. ‘Festival Mawar’ di Bulgaria juga melibatkan tarian dan nyanyian untuk meraikan tuaian mawar. Ini adalah perkongsian cinta rentas sempadab terhadap keindahan alam semulajadi.
“Lihat sahaja dataran berkabus di mana rumput tumbuh tebal, pekan yang penuh dengan pohon willow berterbangan ditiup angin, atau hujan renyai-renyai menguning semua pokok mume!” Dalam musim yang sibuk dengan penuaian ini, apakah benih harapan dan impian yang ingin anda semai?
- Keindahan Musim: Xiaoman, Masa Apabila Bijirin Mula Berisi
- Kehidupan Masyarakat China Dalam 12 Shichen
- Keindahan Musim: Hujan Biji-bijian
- Keindahan Musim: Qingming
- Keindahan Musim: Ekuinoks Musim Bunga
- Keindahan Musim: Pembangkitan Serangga
- Keindahan Musim: Air Hujan
- Keindahan Musim: Permulaan Musim Bunga
- Petani Seluruh China Tambah Sibuk Menjelang Yushui
- Seluruh China Sambut Hari Lichun dengan Pelbagai Amalan