Xi Utus Kawat Tahniah kepada Ekspo China-Asia Selatan ke-6

(CRI)Isnin 21 November 2022

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Ekspo China-Asia Selatan ke-6 yang dirasmikan di bandar Kunming, provinsi Yunnan pada Sabtu.

Beliau menyatakan bahawa China dan negara-negara Asia Selatan ialah negara jiran dan rakan pembangunan, serta komuniti berkongsi nasib yang rapat.

Dalam beberapa tahun lalu, menurut Xi, kedua-dua pihak mempergiat kerjasama praktikal dalam pelbagai sektor, sementara hubungan ekonomi dan perdagangan mengekalkan momentum pembangunan yang baik hingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat negara-negara terlibat.

Beliau menegaskan, China komited bekerjasama dengan negara-negara Asia Selatan untuk memanfaatkan platform Ekspo China-Asia Selatan, meningkatkan sinergi, mencipta titik pertumbuhan baharu kepada kerjasama kedua-dua pihak, menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mengintensifkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), supaya bersama mencipta masa depan yang lebih cemerlang.

Ekspo China-Asia Selatan ke-6 yang bertemakan "Peluang Baharu, Pembangunan Baharu" dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan China dan kerajaan tempatan provinsi Yunnan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan