Sesi Tonton Dokumentari “China, Perjalanan Baharu” Diadakan di Bangladesh

(CRI)Isnin 21 November 2022

Sesi menonton dokumentari “China, perjalanan Baharu” anjuran bersama Pusat Penyiaran Bahasa-bahasa Asia dan Afrika Kumpulan Media China (CMG) dan kedutaan besar China ke Bangladesh diadakan di Dhaka, ibu negara Bangladesh pada malam Jumaat.

Duta besar China ke Bangladesh, Li Jiming, wakil dari lebih 30 media perdana tempatan dan kira-kira 100 orang tetamu telah bersama-sama menonton dokumentari “China, Perjalanan Baharu” dan promo tentang beberapa dokumentari yang dihasilkan oleh CMG. Program-program tersebut mendapat pujian tinggi daripada para penonton.

Dokumentari berbilang bahasa “China, Perjalanan Baharu” dihasilkan bersama oleh CMG dan televisyen dari lapan negara. Ia menceritakan kisah-kisah rakyat China dalam perjalanan membina modenisasi ala China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan