Sinergi Membina Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik

(CRI)Isnin 21 November 2022

Sidang Pemimpin ke-29 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) telah melabuh tirainya di Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Dalam tempoh sidang itu, Presiden China, Xi Jinping turut mengemukakan siri cadangan penting untuk membina komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik dan menggalakkan integrasi ekonomi rantau.

Ketika membentangkan enam pandangan bagi mendorong kerjasama Asia-Pasifik dalam situasi baharu, beliau menyeru supaya komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik yang damai dan aman, makmur bersama, bersih dan indah serta saling menyokong dapat dibina.

Xi turut menekankan beberapa perkara utama iaitu mengamalkan multilateralisme yang sebenar, memelihara sistem perdagangan multilateral, meneruskan keuntungan untuk semua dan inklusif, mengekalkan keterbukaan dan kerjasama serantau, serta berganding bahu merancakkan kemakmuran Asia-Pasifik.

Ketua Eksekutif Sekritariat APEC, Antonio Basilio berpendapat bahawa pembinaan komuniti berkongsi Asia-Pasifik menggambarkan suara bersama rakyat rantau ini yang mengejar kedamaian dan kerjasama, kondusif menjaga arah kerjasama Asia-Pasifik yang tepat.

“Tatkala ekonomi Asia-Pasifik menghadapi cabaran pada masa ini, China kekal melaksanakan keterbukaan serta berkongsi peluang pembangunan, sekali gus memperkukuh keyakinan dan rasa keselamatan entiti ekonomi Asia-Pasifik,” ujar beliau.

Dalam tempoh Sidang Kemuncak ke-17 Kumpulan 20 (G20) dan Sidang Pemimpin ke-29 APEC, China dan Indonesia turut menandatangani pelan tindakan lima tahun perkongsian rakan strategik komprehensif yang baharu.

Manakala, China dan Thailand pula mengumumkan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Thailand yang lebih stabil, makmur dan lestari.

Difahamkan, beberapa penganalisis turut bersependapat bahawa pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Indonesa, China-Thailand telah membuktikan hubungan dua hala yang bertaraf tinggi.

Menurut mereka, ia secara tidak langsung akan berperanan sebagai teladan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Mereka turut berpandangan bahawa pembangunan China tidak dapat dipisahkan dengan Asia-Pasifik, sementara kemakmuran Asia-Pasifik juga berkait rapat dengan China.

Justeru, mereka berkata bahawa usaha China untuk membangun sebagai sebuah negara moden pastinya akan membawa peluang baharu bukan sahaja kepada Asia-Pasifik, bahkan dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan