Cadangan China Bantu Citpa "Keajaiban Asia-Pasifik" Baharu

(CRI)Isnin 21 November 2022

"Dunia kini sekali lagi berada pada persimpangan jalan. Kedudukan dan peranan rantau Asia-Pasifik semakin penting."

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Sidang Pemimpin ke-29 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Bangkok, Thailand pada Jumaat lalu.

Beliau turut mengemukakan empat cadangan bagi rantau ini berganding tangan untuk bersama membina komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik. Cadangan beliau memberi panduan dan menyumbang penggerak kuat bagi memperkasakan kerjasama Asia-Pasifik serta memacu pertumbuhan ekonomi serantau.

Jumlah penduduk di rantau Asia-Pasifik mewakili satu pertiga daripada jumlah dunia, manakala agregat ekonomi rantau ini menduduki 60 peratus ekonomi dunia. Dalam beberapa dekad lalu, kerjasama Asia-Pasifik telah mencipta 'keajaiaban' di arena antarabangsa, sekali gus menjadi enjin pertumbuhan ekonomi sejagat.

Pada masa ini, wabak COVID-19 masih menular di dunia, unilateralisme dan amalan perlindungan kian bangkit, pembangunan global menghadapi pelbagai cabaran. Apakah hala tuju dunia ini dan apa yang boleh buat oleh Asia-Pasifik? Kita mesti memberi jawapan.

"Usaha harus diperkasakan untuk memelihara kesaksamaan dan keadilan antarabangsa untuk membina Asia-Pasifik yang aman dan stabil", "mengekalkan keterbukaan dan keinklusifan demi mewujudkan kemakmuran bersama di Asia-Pasifik", "berpegang kepada pembangunan hijau dan rendah karbon untuk membina Asia-Pasifik yang bersih dan indah", "berkongsi nasib, membina Asia-Pasifik yang saling menyokong". Demikianlah empat cadangan yang diberikan Presiden Xi yang menjadi panduan jelas kepada hala tuju pembangunan Asia-Pasifik pada masa akan datang.

Beliau menegaskan, China bersedia bersama pihak-pihak berkaitan untuk memperkasakan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), menggalakan proses keanggotaan dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Rakan Ekonomi Digital (DEPA).

Beliau menyatakan, China akan menganjurakan forum peringkat tinggi edisi ketiga Kerjasama Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada tahun depan, dan mengalu-alukan negara-negara dari rantau Asia-Pasifik aktif terlibat dalam Inisiatif Pembangunan Global (GDI).

Pengarah Eksekutif Sekritariat APEC, Dr Rebecca Fatima Sta Maria berpendapat bahawa China sedang memainkan peranan penting dalam menggalakkan integrasi ekonomi serantau dan akan memainkan peranan lebih besar pada masa akan datang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan