Peng Liyuan Kunjungi Muzium Seni Kebangsaan Ayutthaya

(CRI)Isnin 21 November 2022

Isteri Presiden China Xi Jinping, Prof. Peng Liyuan bersama-sama pasangan pemimpin dan wakil yang menghadiri Sidang Pemimpin ke-29 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) mengadakan kunjungan ke Muzium Seni Kebangsaan Ayutthaya pada Jumaat.

Kunjungan itu adalah atas undangan isteri Perdana Mentri Thailand, Prof. Naraporn Chan-o-cha.

Prof, Peng Liyuan memberi pujian kepada muzium seni itu yang didirikan untuk mengembangkan teknik kraf tangan tradisional Thai demi melonjak pendapatan keluarga miskin dari kawasan terpencil.

Kata beliau, konsep ini serupa dengan langkah China untuk membantu keluarga miskin di kawasan terpencil menambah pendapatan.

Semasa berkunjung ke muzium itu, Prof. Peng juga berkesempatan berbual-bual dengan pasangan pemimpin lain dan mengambil foto bersama. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan