CMG dan PRD Capai Kata Sepakat Penandatanganan Memorandum Kerjasama

(CRI)Jumaat 18 November 2022

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dan Menteri di Istana Perdana Menteri Thailand, Anucha Nakasai mencapai kata sepakat mengenai penandatanganan memorandum kerjasama antara CMG dengan Jabatan Perhubungan Awam (PRD) Thailand.

Ini merupakan hasil kerjasama terkini antara CMG dengan PRD di bawah bimbingan pemimpin tertinggi kedua-dua negara.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-10 hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Thailand pada tahun ini, kedua-dua pihak memutuskan untuk memperluas kerjasama dalam bidang pemberitaan, meningkatkan pertukaran lawatan personel dan latihan kakitangan, dan menggalakkan komunikasi teknologi media supaya menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Thailand. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan