Gambar: Spesies Burung Jarang Ditemui Dilihat Di Xiong’an (5)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 22 November 2022
Gambar: Spesies Burung Jarang Ditemui Dilihat Di Xiong’an
Burung Reed Parrotbill, haiwan dilindungi negara peringkat kedua, dilihat di Tasik Baiyangdian. (Gambar oleh Zhang Xuenong)

Sekumpulan burung dilindungi termasuk itik Baer, bangau kepala merah, bangau hitam, angsa putih dan burung Reed Parrotbill telah dilihat di Tasik Baiyangdian baru-baru ini, menghidupkan lagi suasana di Kawasan Baharu Xiong’an pada awal musim sejuk.

Sekarang musim migrasi bagi burung hijrah. Tasik Baiyangdian merupakan tapak penting bagi burung hijrah untuk singgah dan membiak di Laluan Burung Hijrah Asia Timur-Australasia. Sejak tertubuhnya Kawasan Baharu Xiong’an, bilangan dan kepelbagaian spesies burung di perairan Baiyangdian semakin bertambah dengan terjumpanya beberapa spesies burung jarang ditemui atau terancam yang singgah dan membiak di kawasan tersebut secara beramai-ramai.

Pada masa ini, bilangan spesies burung liar direkodkan di Tasik Baiyangdian adalah sebanyak 242, iaitu bertambah 36 selepas tertubuhnya Kawasan Baharu Xiong’an. Antaranya, bilangan spesies dilindungi negara peringkat pertama adalah sebanyak 10, peringkat kedua sebanyak 44 dan lain-lain sebanyak 188.

Gaya Hidup