PM Li: Kekalkan Hubungan Kukuh dan Stabil Penting bagi Kepentingan China-Jepun

(CRI)Selasa 29 November 2022

Perdana Menteri China Li Keqiang berkata perkembangan hubungan China-Jepun yang dikekalkan kukuh dan stabil selari dengan kepentingan kedua-dua pihak, kondusif bagi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, dan juga keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau dan dunia.

Ketika berucap pada Dialog Usahawan dan Bekas Pegawai Kanan Kerajaan China-Jepun pusingan ke-8 melalui pautan video pada Isnin, Li menyarankan kedua-dua negara hidup bersama secara damai, berpegang pada semua prinsip yang terkandung dalam empat dokumen politik China-Jepun, memandang pembangunan masing-masing secara objektif dan rasional, saling menghormati serta memelihara persekitaran luaran yang damai dan persekitaran kejiranan yang stabil, bagi mewujudkan pembangunan bersama China, Jepun dan negara-negara lain di rantau ini.

“China komited meningkatkan dialog dan kerjasama dengan Jepun dalam bidang ekonomi digital, pembangunan hijau, kewangan, perubatan dan kebajikan warga emas, dan usaha memelihara rantaian perindustrian dan bekalan yang stabil untuk mewujudkan pencapaian sama menang,” kata Li.

Li menegaskan bahawa pelaksanaan dasar pintu terbuka merupakan salah satu keutamaan di negara China.

“China kekal pasaran besar bagi dunia dan destinasi yang hangat bagi pelaburan asing.

“China mengalu-alukan syarikat dari semua negara, termasuk Jepun, untuk terus memperkasa kerjasama dengan China dan berkongsi peluang pembangunan China,” kata Li.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan