China Berjaya Lancarkan Kapal Angkasa Shenzhou-15 Sasarkan Penggantian Kru Dalam Orbit

(CRI)Rabu 30 November 2022

Kapal angkasa Shenzhou-15 yang dibawa roket Long March-2F Y15 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, tepat pukul 11.08 malam Selasa.

Kira-kira 10 minit selepas itu, Shenzhou-15 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang disasarkan, tiga angkasawan berada dalam keadaan yang baik.

Ini bukan sahaja menandakan kejayaan pelancaran kali ini, tetapi juga berakhirnya kesemua 12 misi pelancaran pada fasa ujian teknologi penting dan fasa pembinaan stesen angkasa Tiangong.

Menurut laporan berkenaan, tugas kru Shenzhou-15 melibatkan pemeriksaan dan pengesahan terhadap keadaan tiga komponen utama Tiangong serta residensi untuk suatu jangka masa yang panjang, sejumlah eksperimen sains dan teknologi angkasa lepas dantiga hingga empat kali aktiviti luar kenderaan (EVA).

Menurut Pejabat Program Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSEO), kru Shenzhou-15 dan kru Shenzhou-14 yang juga terdiri daripada tiga angkasawan yang selama ini bertugas di Tiangong, seperti yang dinanti-nantikan, bertemu pada pukul 07.33 pagi tadi setelah Shenzhou-15 bertemu dan bercantum dengan Tiangong secara automatik dan pantas.

Kemudian, keenam-enam angkasawan tersebut akan bekerja dan hidup bersama selama lima hari di stesen angkasa lepas bagi menyelesaikan pekerjaan masing-masing dan melaksanakan penyerahan tugas secara bersemuka buat kali pertama.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan