PKC Minta Cadangan Mengenai Kerja Ekonomi

(CRI)Rabu 07 Disember 2022

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan simposium untuk mendengar pendapat dan cadangan tokoh-tokoh dari luar Parti mengenai situasi ekonomi tahun ini dan kerja ekonomi tahun depan.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan simposium tersebut dan menyampaikan ucapan penting.

Beliau menekankan bahawa tahun depan merupakan tahun pertama untuk melaksanakan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC. Usaha harus dipergiat untuk menjaga kestabilan pembangunan ekonomi, dan melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan sepenuhnya.

Xi meminta untuk menyelaras pencegahan dan kawalan wabak Covid-19 dengan pembangunan ekonomi, menyelaras pembangunan dan permintaan keselamatan. Beliau menyatakan untuk terus melaksanakan dasar kewangan yang proaktif dan dasar monetari yang berhemat.

Di samping itu, pihak-pihak berkaitan perlu meningkatkan koordinasi untuk mengukuhkan keyakinan pasaran, dan menggabungkan pelaksanaan strategi meluaskan permintaan domestik dengan pembaharuan terhadap pihak pembekalan.

Xi berkata dasar-dasar tersebut diharap dapat memacu ekonomi negara ke arah yang lebih mantap dan membuka permulaan yang baik bagi pembangunan negara sosialis moden secara komprehensif.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan