Wang Yi Ucapkan Tahniah kepada Zambry Abdul Kadir

(CRI)Rabu 07 Disember 2022

Menteri Luar China, Wang Yi mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang dilantik sebagai Menteri Luar Malaysia, pada 4 Disember.

Wang Yi dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa China dan Malaysia mempunyai ikatan persahabatan yang bersejarah lama. Hubungan kedua-dua negara ini mengekalkan trend perkembangan baik.

“China mementingkan hubungan dengan Malaysia dan saya berharap dapat menjalin hubungan kerja yang baik dengan Dr Zambry, agar menyumbang kepada peningkatan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ini ke arah pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia demi memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat.” katanya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan