Pencawang 500kV Baharu Hunan Mula Operasi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 09 Disember 2022
Pencawang 500kV Baharu Hunan Mula Operasi
Pekerja sedang melakukan pemasangan talian elektrik. (Gambar oleh Shi Lu)

Stesen pencawang 500kV Yueyangbei mula beroperasi secara rasminya baru-baru ini. Selain transformer, projek itu turut membabitkan satu stesen suis 500kV dan lapan talian 500kV.

Pencawang Yueyangbei merupakan nod utama dalam rangkaian kuasa elektrik kawasan utara Hunan, juga pencawang penting dalam grid utama 500kV provinsi tersebut. Selepas mula beroperasi, pencawang baharu itu dapat menampung keperluan loji jana kuasa Huaneng Yueyang untuk menyalurkan sehingga 900MVA, di samping memastikan operasi percubaan unit kedua loji jana kuasa Pingjiang berjalan mengikut jadual. Ini juga akan mempertingkat kapasiti bekalan elektrik di kawasan utara Hunan, supaya penyalurannya terjamin sebelum gelombang sejuk mencapai paras kemuncaknya.

Gaya Hidup