Mesyuarat Majlis Kedua BRNN Berlangsung

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 20 Disember 2022
Mesyuarat Majlis Kedua BRNN Berlangsung
foto: Xiao Yi/China Economic Weekly

Mesyuarat majlis kedua Perikatan Media Jalur dan Laluan (BRNN) berlangsung di Beijing pada 19 Disember. Li Shulei, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC menghadiri dan menyampaikan ucapan melalui video.

Li menekankan bahawa BRNN ialah sebuah organisasi media yang disarankan dan ditubuhkan sendiri oleh Presiden China, Xi Jinping. Media selaku daya kunci untuk membimbing pendapat umum dan berkomunikasi dengan khalayak, diseru agar menyingkap suatu halaman baharu dalam ganding bahu membangunkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti. Ujarnya, media hendaklah meneruskan semangat Jalan Sutera dan melakar pencapaian baharu dalam menyampaikan inti patinya, sekali gus merapatkan ikatan persahabatan yang terjalin antara semua pihak terlibat.

Seramai 38 wakil unit pengerusi dari 23 negara menyertai mesyuarat majlis tersebut secara dalam dan luar talian. People’s Daily, unit pengerusi BRNN, membuat laporan kerja. Unit lain telah mengeluarkan pandangan mereka tentang cara untuk menyerlahkan sepenuhnya potensi BRNN dan menggalakkan pertukaran sosiobudaya.

Majlis turut menjalankan penilaian akhir bagi Anugerah Jalan Sutera. Sebanyak 19 karya mendapat pengiktirafan dalam 5 kategori, iaitu anugerah laporan mendalam, anugerah komentar, anugerah fotografi, anugerah video dan anugerah video global.

Antaranya, Kazakhstan Belt and Road Initiative: The road to somewhere, Chris Wright, UK, memenangi anugerah laporan mendalam; Fighting BRI is Fighting Africa, Mubarak Mugabo, Uganda, memenangi anugerah komentar; My parents are ornithologists, Svetlana Tarasova, Russia, memenangi anugerah fotografi.

Selain itu, Mushahid Hussain Sayed, ketua Kelab Sahabat Jalan Sutera Pakistan merangkap pengerusi Institut China-Pakistan, memenangi anugerah sumbangan khas.

Mesyuarat majlis pertama BRNN diadakan pada April 2019. Sepanjang 3 tahun, BRNN berusaha mengukuhkan komunikasi dan kerjasama bertemakan Jalan Sutera, memperkenalkan cerita BRI dan memupuk suasana baik dari segi pendapat umum untuk menjayakan pembangunan bersama Inisiatif berkenaan. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan