Tempat Peranginan Kembali Popular Setelah Kunjungan Pelancong China

(CRI)Selasa 03 Januari 2023

China akan membatalkan pemeriksaan ujian nukleik asid (NAT) dan kuarantin bagi mereka yang memasuki sempadan negara, serta memulihkan pelancongan warga China ke luar negara secara teratur mula 8 Januari.

Langkah baharu itu akan menyuntik kedinamikan kepada pelancongan dan penggunaan.

Data statistik dari wahana pelancongan dalam talian domestik telah membuktikan keghairahan pelancong China itu.

Menurut Ctrip, jumlah pencarian tempat peranginan di seberang laut melambung 10 kali ganda dalam tempoh setengah jam selepas pengumuman berkenaan disiarkan.

Selain itu, jumlah pencarian tiket pesawat terbang dan hotel di seberang laut pula mencapai puncak dalam tempoh tiga tahun ini, manakala jumlah pencarian rombongan ke luar negara sempena Tahun Baharu Cina pula meningkat 6 kali ganda.

Singapura, Korea Selatan,  Jepun, Thailand, dan Wilayah Pentadbiran Khas China Hong Kong (HKSAR) telah menjadi destinasi pelancongan yang paling popular dengan kadar peningkatan tiket pesawat terbang menduduki lima tangga teratas.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan