Aliran Penumpang Kereta Api China-Laos Catat Lebih 9 Juta

(CRI)Jumaat 06 Januari 2023

Dalam tempoh lebih setahun yang lalu, Laluan Kereta Api China-Laos telah banyak memudahkan perjalanan penduduk setempat dan turut mendapat sambutan hangat oleh penjelajah.

Ketika memasuki tempoh pencegahan dan kawalan COVID-19 fasa baharu, kadar permintaan perjalanan semakin bertambah, sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah penumpang.

Setakat 5 Januari, jumlah penumpang yang direkodkan oleh Laluan Kereta Api China-Laos mencatat lebih sembilan juta orang, dengan 7.54 juta daripadanya merupakan penduduk domestik dan 1.46 juta lagi adalah penumpang asing.

Ketua China Railway di Stesen Kunming, Yuan Jia memaklumkan, purata harian penumpang Laluan Kereta Api China-Laos adalah seramai 29,000 orang sejak permulaan tahun 2023, iaitu meningkat satu kali ganda berbanding dengan tahun terdahulu.

"Untuk memenuhi keperluan perjalanan, lebih banyak tren pelbagai unit (EMU) telah ditambah dan kini secara puratanya terdapat 20 pasang EMU yang beroperasi setiap hari," jelas beliau.

Sementara itu, aliran penumpang luar negara juga mencapai kadar peningkatan yang stabil, dengan jumlah EMU yang beroperasi meningkat kepada lima pasang pada masa puncak berbanding hanya dua pasang sebelum ini.

Dimaklumkan, sempena Tahun Baharu Cina, jabatan yang berkaitan akan menganalisis permintaan penjelajah, memperhebat kemampuan pengangkutan, menambah larian EMU secara fleksibel, di samping memperbaiki perkhidmatan stesen.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan