Perpaduan dan Kerjasama, Senjata Terkuat Perangi Wabak

(CRI)Rabu 11 Januari 2023
Perpaduan dan Kerjasama, Senjata Terkuat Perangi Wabak
Seorang gadis Jepun yang memakai pakaian cheongsam mengumpulkan derma bagi usaha melawan wabak di China, di Tokyo, pada 2020.

COVID-19 yang menular di seluruh dunia selama tiga tahun merupakan kecemasan kesihatan awam sejagat yang paling serius dalam tempoh seabad lalu.

Menurut statistik yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 telah melebihi 660 juta, dengan jumlah kematian secara langsung atau tidak langsung akibat wabak tersebut melebihi 10 juta orang.

Dengan sifat penularan virus yang tiada sempadan dan tidak mengenal kaum, ia mengajar kita bahawa perpaduan dan kerjasama merupakan senjata paling kuat bagi manusia untuk memerangi wabak.

Pada awal 2020, ketika China mengalami penularan wabak paling serius, masyarakat antarabangsa memberikan sokongan kuat dan menghulurkan barang bantuan kepada China.

Manakala, ketika wabak menular di pelbagai negara, China berkongsi pengalaman dan cara melawan wabak dengan masyarakat antarabangsa, memberikan lebih 2.2 bilion dos vaksin kepada lebih 120 negara dan pertubuhan antarabangsa, menyediakan barang-barang melawan wabak dalam kuantiti besar kepada 153 negara dan 15 pertubuhan antarabangsa, serta menghantar kumpulan pakar perubatan ke 34 negara.

Sejak tercetusnya wabak, China segera melaporkan wabak berkenaan kepada WHO dan negara-negara berkaitan, mengedarkan urutan gen virus, berkongsi pengalaman kawalan dan rawatan dengan pihak-pihak berkaitan, serta menyokong saintis pelbagai negara mengadakan penyelidikan saintifik global terhadap asal usul dan laluan penularan koronavirus itu.

Masyarakat antarabangsa termasuk WHO memainkan peranan yang penting dalam usaha memerangi wabak kali ini meskipun masih terdapat beberapa kelemahan.

Memandang ke hadapan, manusia perlu meningkatkan kecekapan tindak balas untuk menangani kes kesihatan awam global, membina mekanisme simpanan dan pengagihan barang-barang melawan wabak serantau dan sejagat, menyempurnakan sistem tadbir urus keselamatan kesihatan awam, dan bekerjasama untuk membina komuniti berkongsi nasib kesihatan insan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan