IT Generasi Baharu Jadi Titik Pertumbuhan Baharu Ekonomi

(CRI)Khamis 12 Januari 2023
IT Generasi Baharu Jadi Titik Pertumbuhan Baharu Ekonomi

Jumlah pengeluaran komputer peribadi di China meliputi kira-kira 80 peratus jumlah pengeluaran dunia, manakala jumlah pengeluaran telefon pintar dan TV di negara ini pula menduduki lebih 60 peratus jumlah pengeluaran dunia.

Industri teknologi maklumat (IT) generasi baharu China menduduki kedudukan penting di dunia dari segi skala dan kualiti, sekali gus menyaksikan ia menjadi titik pertumbuhan baharu bagi ekonomi China.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, jumlah pengeluaran industri pembuatan maklumat elektronik China meningkat sekali ganda, bertambah daripada RMB7 trilion (RM4.4 trilion) pada 2012 kepada RMB14.1 trilion (RM8.8 trilion) pada 2021, iaitu meningkat 11.6 peratus purata tahunan.

Untuk rekod, pendapatan industri pembuatan maklumat elektronik menduduki tempat pertama dalam industri perindustrian secara berturut-turut dalam tempoh sembilan tahun lalu.

Jumlah pengeluaran dan penjualan barang elektronik penggunaan termasuk telefon dan komputer di China masing-masing menduduki tempat pertama di dunia dan menawarkan kira-kira empat juta peluang kerja langsung.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan