Dialog dan Rundingan, Cara Paling Realistik untuk Selesaikan Krisis Ukraine

(CRI)Rabu 18 Januari 2023

Tiada mana-mana pihak akan menjadi pemenang dalam konflik atau konfrontasi, dialog dan rundingan adalah cara yang paling realistik untuk menyelesaikan krisis Ukraine.

Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing berkata demikian ketika berucap di sesi Majlis Keselamatan mengenai isu Ukraine pada Selasa.

Menurutnya, sejak tercetusnya krisis Ukraine, muncullah banyak masalah dalam pelbagai bidang, manakala pertentangan dan konflik dalam bidang agama, budaya dan sosial pula kian meningkat. Konflik yang berterusan, meluas dan kian rumit tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak.

Beliau menegaskan, China berharap pelbagai pihak terlibat bersabar, mengadakan komunikasi dan dialog, dan berusaha menyelesaikan keprihatinan bersama dalam bidang keselamatan dengan cara politik.

Dai Bing berkata, dalam sesi terbuka Majlis Keselamatan tentang isu Ukraine yang diadakan pada minggu lalu, beberapa negara menegaskan bahawa 2023 patut menjadi tahun damai. Ini juga aspirasi China.

China akan terus mengambil sikap objektif dan adil, bersama-sama semua negara yang mencintai keamanan agar mendorong masyarakat antarabangsa bersinergi dan memainkan peranan membina demi penyelesaian krisis Ukraine.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan