Pakistan Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasat Letupan Masjid

(CRI)Rabu 01 Februari 2023

Pakistan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat insiden letupan masjid, yang dikenal pasti sebagai serangan bom berani mati.

Menurut seorang pegawai kanan polis, isu kunci adalah untuk mengetahui bagaimana pengebom melepasi kawalan keselamatan dan menyelinap masuk ke dalam masjid.

Siasatan awal mendapati gelombang kejutan dari letupan itu menyebabkan bumbung runtuh hinggakan orang ramai terperangkap di bawah runtuhan.

Polis menganggarkan penyerang menggunakan bahan letupan sebanyak 10 hingga 12 kilogram.

Angka kematian akibat letupan yang berlaku di sebuah masjid di Peshawar pada Isnin meningkat kepada 100 orang, manakala 200 lagi cedera.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan