Abbas, Blinken Berunding di Ramallah

(CRI)Rabu 01 Februari 2023

Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengulangi pendirian menentang keganasan dan komited menangani konflik menerusi 'penyelesaian dua negara'.

Semasa bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken di Ramallah, Abbas menuntut Israel bertanggungjawab terhadap keganasan yang semakin meruncing di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Negara itu turut dibidas kerana menjejaskan formula 'penyelesaian dua negara' dan melanggar perjanjian yang dimeterai dengan Palestin.

Abbas juga menuduh tindakan AS 'menggalakkan Israel melakukan lebih banyak jenayah dan melanggar undang-undang antarabangsa'.

Beliau menggesa Israel menghentikan sepenuhnya tindakan unilateral untuk membuka jalan bagi memulihkan prospek penyelesaian politik, menamatkan pendudukan dan mencapai keamanan, kestabilan dan keselamatan buat semua.

Dalam pada itu, Blinken merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas kematian rakyat Palestin yang tidak berdosa ekoran keganasan yang terjadi sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata AS akan terus membantah tindakan kekerasan yang dilakukan Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan