Beijing Siar Laporan Legasi Olimpik Musim Sejuk

(CRI)Khamis 02 Februari 2023
Beijing Siar Laporan Legasi Olimpik Musim Sejuk

Laporan mengenai legasi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 serta pembangunan lestari pasca temasya berkenaan disiarkan secara rasmi pada Rabu.

Ketua Setiausaha Persatuan Pembangunan Bandar Olimpik Beijing (BODA), Fu Xiaohui berkata penerbitan dua laporan itu adalah untuk berkongsi pengalaman Beijing dalam memanfaatkan legasi Olimpik ke arah kelestarian.

Menurut Fu, laporan berkenaan turut menjadi rujukan kepada penganjur Olimpik dan acara pertandingan berprestij lain, selain membentuk sinergi seluruh masyarakat untuk mewariskan dan menyemarakkan legasi Olimpik.

Tanggal 4 Februari menandakan genap setahun berlangsungnya Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan