China Miliki 18 Tanah Lembap Antarabangsa Baharu

(CRI)Jumaat 03 Februari 2023

China mengumumkan bahawa ia kini mempunyai 18 buah tanah paya antarabangsa yang baharu sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia ke-27 pada Khamis.

Setakat ini, jumlah tanah lembap di China mencatat 82 buah dengan jumlah keluasannya merangkumi 7.647 juta hektar, sekali gus menduduki tempat keempat di dunia.

Untuk tahun ini, Hari Tanah Lembap Sedunia disambut dengan tema “pemuliharaan tanah lembap”, dan China turut mempersembahkan hasil pemantauan keadaan ekologi tanah lembap antarabangsa yang signifikan.

Menurut hasil pemantauan itu, keadaan ekologi tanah lembap antarabangsa di China kekal stabil pada keseluruhannya, manakala keluasan tanah lembap meningkat berbanding tahun sebelumnya dan mutu air semakin baik. 

Turut difahamkan, tumbuhan di tanah lembap China kini mencapai 2,391 jenis, sementara tanah lembap yang terhakis di provinsi Heilongjiang, Hubei, Shandong dan Hainan turut dipulihara dengan berkesan.

Ketua Setiausaha Konvensyen Ramsar, Musonda Mumba dalam ucaptamanya menzahirkan penghargaan kepada China selaku tuan rumah dan negara pengerusi Sidang Pemeterai Ke-14 “Konvensyen Tanah Paya” atau “Konvensyen Ramsar” yang berperanan sebagai pemimpin.

Beliau turut memuji China yang terus menyempurnakan undang-undang dan dasar untuk memperhebat perlindungan serta pengurusan terhadap tanah lembap domestik menerusi pelaksanaan Undang-undang Perlindungan Tanah Lembap Republik Rakyat China dan Rancangan Perlindungan Tanah Lembap Kebangsaan Tahun 2022-2030.

Mumba turut berharap China selaku negara pengerusi Konvensyen Ramsar dapat membimbing usaha memelihara tanah lembap sedunia pada tiga tahun akan datang.

Untuk rekod, sejak “Konvensyen Ramsar” ditandatangani China pada tahun 1992, China mengatasi cabaran bersifat sejagat dengan aktif seperti keluasan tanah lembap menjadi kurang dan fungsi ekologi menjadi lembah.

 Dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-13 (2016-2020), kerajaan pusat memperuntukkan RMB9.87 bilion(RM6.25 bilion) untuk menjalankan 53 projek perlindungan dan pemuliharaan tanah lembap agar 467,000 hektar tanah lembap dipulihara sambil menambah 202,600 hektar tanah lembap baharu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan