Rundingan Pusingan Pertama CAFTA Versi 3.0 Dimulakan

(CRI)Rabu 08 Februari 2023

Rundingan pusingan pertama Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 telah dimulakan semalam.

Menurut Kementerian Perdagangan China, jabatan negara-negara terbabit dan pegawai Sekretariat ASEAN menghadiri rundingan berkenaan menerusi pautan video. Kedua-dua pihak China dan ASEAN telah membincangkan peraturan prosedur, sesi libat urus serta perancangan kerja untuk menyusun jadual dan peta garisan bagi rundingan pusingan selanjutnya.

China dan ASEAN telah mengumumkan bermulanya rundingan CAFTA versi 3.0 pada November 2022, dan menyetujui rundingan terbabit merangkumi perdagangan kargo, pelaburan, ekonomi digital dan ekonomi hijau demi memajukan CAFTA ke arah yang lebih inklusif, moden, komprehensif dan sama menang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan