China Seru Utamakan Pembangunan

(CRI)Khamis 09 Februari 2023

Masyarakat antarabangsa dikehendaki mengekalkan amalan multilateralisme yang benar-benar, mementingkan peranan PBB, dan menonjolkan pembangunan dalam kerangka dasar makro global.

Demikian dinyatakan oleh naib wakil tetap China di PBB, Dai Bing dalam satu mesyuarat khas Majlis Ekonomi dan Sosial PBB dan Perhimpunan Agung PBB melibatkan “melaksanakan agenda 2023 melalui Program Tindakan Doha” semalam.

Menurut Dai, hendaklah memastikan hak pembangunan milik negara-negara membangun terjamin, dan menyahut keprihatinan negara-negara membangun dalam bidang pembasmian kemiskinan, keselamatan bijirin, melawan wabak, penggunaan vaksin, ekonomi hijau serta karbon rendah dan transformasi struktur ekonomi menurut permintaan mereka dan hala tuju keutamaan yang ditetap mereka.

Dai berkata, negara-negara maju dikehendaki mematuhi komitmen kerajaan mereka melibatkan bantuan pembangunan, khasnya meningkatkan peruntukan kewangan terhadap agensi pembangunan PBB mengikut perjanjian pembekalan modal yang tercapainya dengan PBB. China menentang amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan, menggalakkan persekitaran kewangan ekonomi antarabangsa dikekalkan dalam suasana yang adil dan terbuka, menyediakan syarat luar yang baik kepada negara-negara membangun, dan menggalakkan negara-negara yang paling mundur meningkatkan keupayaan berdikari sepanjang pembangunan domestik dengan menjadikan sumber luar sebagai daya motivasi demi pembangunan berterusan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan