Sektor Korporat Britain Optimistik Ekonomi China

(CRI)Isnin 13 Februari 2023

Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 "The Icebreakers" telah diadakan di London baru-baru ini. Para tetamu yang terhormat menunjukkan sikap optimistik terhadap trend perkembangan ekonomi China, dan komited berusaha mendorong perkembangan hubungan Britain-China, khususnya kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Duta Besar China ke Britain, Zheng Zeguang berucap, pelbagai lapisan masyarakat China dan Britain diharap berganding bahu menghapuskan gangguan dan halangan, memperluas saluran interaksi agar menyumbang kepada usaha menaiktaraf kerjasama bilateral.

Pengerusi Kelab Kumpulan 48 Britain, Stephen Perry berkata, pembangunan China sudah merupakan tumpuan di pentas dunia. Kerjasama dengan China selaras dengan kepentingan Britain. Pelbagai lapisan masyarakat Britain dan China diharap menyemarakkan semangat “Icebreaker” bagi memecahkan “ais keras” yang wujud dalam bidang ideologi, membantu kedua-dua negara meningkatkan kebersamaan serta saling mengenali, dan menyumbang kepada usaha menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan.

Dimaklumkan, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran lebih 450 orang selebriti dari kedua-dua negara China dan Britain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan