Infrastruktur Pendidikan Pintar di China Baik: Buku Biru

(CRI)Selasa 14 Februari 2023

Persidangan Pendidikan Digital Dunia yang dirasmikan di Beijing pada Isnin, mengedarkan Buku Biru Pendidikan Pintar China (2022) dan Laporan Indeks Pembangunan Pendidikan Pintar China 2022.

Menurut laporan tersebut, infrastruktur pendidikan pintar yang merangkumi persekitaran peralatan telah siap dibina di negara ini, dan hampir semua sekolah telah diakses ke Internet.

Di samping itu, maklumat pengurusan sekolah dan pembinaan sistem keselamatan siber agak lengkap, dan hampir 85% sekolah mempunyai sistem pengurusan keselamatan siber.

Untuk rekod, jurusan berkaitan digital menyumbang lebih daripada 40% graduan di China, dan skala latihan bakat profesional berkaitan digital berada pada tahap yang agak tinggi di dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan