“Ekonomi Cinta” Rangsang Penggunaan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 15 Februari 2023
“Ekonomi Cinta” Rangsang Penggunaan

Sejak bermulanya tahun 2023, sektor katering telah menunjukkan momentum yang kuat berkat beberapa perayaan. Baru-baru ini, Hari Valentine pula yang menjadi pemangkin pertumbuhan penggunaan. Banyak restoran di Beijing telah penuh ditempah dua minggu sebelum Hari Valentine. Menurut data Meituan, satu platform yang menawarkan perkhidmatan tempahan restoran, jumlah carian mengenai “restoran untuk janji temu” meningkat 349%, dan jumlah tempahan tumbuh drastik berbanding tahun lepas.

Banyak restoran juga melancarkan promosi yang bertemakan Hari Valentine.

“Ini adalah kesinambungan permintaan pengguna yang kukuh selepas Tahun Baharu Cina dan Chap Goh Meh,” kata Setiausaha Persatuan Industri Katering Beijing.

Selain sektor katering, platform e-dagang juga melancarkan promosi berkenaan dan meningkatkan jumlah stok bunga. “Ekonomi tunjuk tanda pulih, maka permintaan bunga juga meningkat,” menurut staf Dingdong Maicai, satu platform pembelian barangan runcit segar. Beliau turut memaklumkan pihaknya telah bersiap sedia sebelum Tahun Baharu Cina dan menggandakan stok bunga.

Jenama bunga Reflower juga memaklumkan bahawa selain bunga mawar yang sudah lama menjadi produk laris, produk-produk barunya juga agak laris kebelakangan ini. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan