China Tegas Pertahankan Pembangunan Damai: Wang Yi

(CRI)Isnin 20 Februari 2023

Ahli Biro Politk Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Ketua Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Pusat PKC, Wang Yi menyampaikan ucapan yang bertajuk "Bina Dunia yang Lebih Selamat" dalam Persidangan Keselamatan Munich (MSC) di Jerman pada 18 Februari.

Menurutnya, membina dunia yang lebih selamat ialah aspirasi China. China mempertahankan jalan pembangunan damai adalah pilihan strategik dari fikiran mendalam dari sejarah, fakta dan masa hadapan.

Beliau menegaskan, China akan bersatu dengan lebih banyak negara untuk bersama-sama menempuh jalan pembangunan damai. Sekiranya lebih banyak negara menggemblengkan tenaga untuk mewujudkan pembangunan damai, masa depan manusia akan menjadi lebih cerah.

Wang Yi menyatakan, China akan mengedarkan dokumen "pendirian China dalam penyelesaian krisis Ukraine melalui saluran politik". China akan mempertahankan kedamaian dan dialog. Selain itu, China akan mengumumkan "dokumen konsep Inisiatif Keselamatan Global (GSI)", memberikan cadangan yang pragmatik untuk menyelesaikan kesulitan keselamatan pada masa ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan