China Siar Kertas Konsep Inisiatif Keselamatan Global

(CRI)Selasa 21 Februari 2023

China menyiarkan Kertas Konsep Inisiatif Keselamatan Global (GSI) hari ini, yang menghuraikan konsep teras dan prinsip inisiastif itu dan menentukan hala tuju kerjasama serta mekanisme berkenaan.

Menteri Luar Qin Gang menyatakan kertas itu menonjolkan tanggungjawab China dalam menjaga keamanan dunia dan iltizam negara ini dalam memelihara keselamatan global.

"Keselamatan merupakan hak yang dimiliki semua negara, bukan perkara yang eksklusif bagi sesetengah negara tertentu, apatah lagi mereka tidak mempunyai sebarang kata putus."

"GSI melayani kepentingan penduduk dunia dan menjamin kesejahteraan rakyat. Ia memerlukan solidariti dan kolaborasi masyarakat antarabangsa untuk menggerakkannya," kata Qin sempena Forum Lanting di Beijing, pagi tadi.

Difahamkan, Kertas Konsep GSI menerangkan hala tuju kerjasama membabitkan 20 aspek utama, yang antara lainnya termasuk menyokong penuh peranan teras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam tadbir urus keselamatan, meningkatkan koordinasi dan interaksi positif antara kuasa besar, serta menggalakkan kuasa besar menjunjung kesamarataan, kerjasama dan kedaulatan undang-undang.

Kertas itu juga memfokuskan kepada sinergi dalam menolak hegemoni, amalan membuli serta sikap angkuh, mendorong penyelesaian isu-isu hangat menerusi dialog, bertindak balas secara berkesan terhadap cabaran keselamatan konvensional dan bukan konvensional, serta menambah baik sistem tadbir urus keselamatan global.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan