Ujian Mikroskop Dua Foton Stesen Angasa China Berjaya

(CRI)Selasa 07 Mac 2023
Ujian Mikroskop Dua Foton Stesen Angasa China Berjaya

Kapal kargo Tianzhou-5 yang membawa mikroskop dua foton berjaya tiba di stesen angkasa China pada 12 November lalu, sekali gus menjadikan mikroskop itu mikroskop dua foton pertama yang dihantar ke ruang angkasa lepas di dunia.

Baru-baru ini, mikroskop dua foton itu berjaya menyelesaikan ujian dalam orbit dan kru kapal angkasa Shenzhou-15 berjaya memperoleh imej tiga dimensi kulit melalui mikroskop tersebut.

Mikroskop dua foton tersebut mampu memaparkan struktur kulit dan pengedaran sel tiga dimensi angkasawan dengan resolusi peringkat sub-mikron, serta keupayaan untuk menggambarkan struktur dan komposisi permukaan kulit secara tidak invasif dan mikroskopik.

Kejayaan ujian mikroskop kali ini bukan sahaja menyediakan peralatan dan kaedah baharu untuk mengadakan penyeliaan dan penyelidikan terhadap angkasawan dalam orbit, malah juga memberikan teknologi penting bagi mengadakan penyelidikan terhadap sains otak di platform stesen angkasa China pada masa depan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan