Spesies Durian Baharu Berjaya Berbuah di Sanya

Spesies Durian Baharu Berjaya Berbuah di Sanya
Putik durian. (Foto/Biro Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Sanya)

Kebelakangan ini, kebun durian seluas 1,400 mu (sekitar 566.6 hektar) di Sanya, provinsi Hainan menyaksikan spesies pokok durian yang dihasilkan setempat berjaya berbuah. Buahnya masih agak kecil dan dijangka akan masak dan masuk pasaran pada bulan Jun. Dianggarkan, pengeluarannya mencecah 1750 kilogram per mu (708 kilogram per hektar) dengan nilai lebih 100,000 yuan per mu (5,810 dolar AS per hektar).

Sejak empat tahun yang lalu, Sanya sudah memperkenalkan beberapa spesies durian. Dan setelah dikembangkan selama beberapa tahun ini, spesies durian yang telah disesuaikan dengan persekitaran tempatan berjaya berbuah tahun ini, demikian maklum pegawai Biro Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Sanya.

Setakat ini, jumlah keluasan kebun durian di seluruh bandar Sanya melebihi 10,000 mu (4047 hektar) dengan banyak daripadanya telah berbuah. Dipercayai semakin banyak durian keluaran Sanya dapat dilihat di pasar pada masa kelak.

“Kebanyakan durian yang dijual di pasaran China adalah durian sejuk beku import dari Asia Tenggara, yang kalah dari segi rasa dan kemanisan berbanding dengan yang segar,” kata pegawai itu. Tambahnya, durian keluaran Sanya mempunyai kelebihan dari segi kemanisan dan juga masa logistik, dapat diedarkan ke pasar sementara masih segar dan menampung permintaan pasaran domestik terhadap durian segar.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan