Dua Panda Gergasi Dirakam “Berpacaran” di Sichuan

Pada 3 Mac, dua panda dewasa dirakam “berpacaran” di atas pokok di Taman Negara Panda Gergasi, bandar Guangyuan, provinsi Sichuan.

Seekor panda gergasi memanjat ke atas dan sedikit demi sedikit menghampiri seekor lagi yang bersantai di atas dahan, sambil menggosok punggungnya pada pokok. Tingkah lakunya adalah untuk meninggalkan bau dengan kelenjar di sekitar dubur, demikian maklum ahli profesional.

Difahamkan bahawa ini dapat dilihat kerana tibanya musim mengawan bagi panda gergasi itu. 

Dua panda gergasi dewasa dilihat berada di atas pokok. (Gambar oleh Meng Yu)

Seekor panda gergasi jantan dilihat memanjat pokok dan menghampiri panda gergasi betina. (Gambar oleh Hu Mingzhong)

Seekor panda gergasi betina berjemur di atas pokok. (Gambar oleh Hu Mingzhong)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan