Panda Gergasi Ya Ya akan Dibawa Pulang Minggu Depan

(CRI)Khamis 09 Mac 2023

Pakar China akan menuju ke Zoo Memphis, Amerika Syarikat (AS) untuk membantu penjagaan panda gergasi Ya Ya yang kurang sihat pada masa ini.

Persatuan Taman Zoologikal China (CAZG) memberitahu bahawa doktor dan penjaga haiwan dari Zoo Beijing akan tiba di Zoo Memphis minggu depan untuk menjaga Ya Ya dan menemaninya pulang ke China.

Menurut pakar dari kedua-dua zoo terbabit, Ya Ya kini dalam keadaan stabil.

China dan AS telah mempercepat rundingan dan pengaturan kaedah dan prosedur mengenai pemulangan Ya Ya ke China.

Sehingga kini, semua prosedur di pihak China telah diselesaikan, manakala Zoo Beijing telah membuat persiapan lengkap dari venue, pelan penjagaan, jaminan perubatan, pembekalan makanan dan lain-lain.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan