China Tegas Sangkal Fitnah Barat

(CRI)Jumaat 24 Mac 2023

Wakil China menyangkal dengan tegas fitnah yang dilontarkan negara-negara Barat, di samping mendedahkan dan mengkritik lakuan buruk dan hipokrasi mereka dalam bidang hak asasi manusia ketika menyampaikan ucapan dalam sesi perdebatan umum Sidang ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Rabu.

Wakil China itu menyatakan bahawa China yang sejak sekian lama berpusatkan rakyat dalam pentadbirannya, berdasarkan prinsip perlembagaan yang 'menghormati dan melindungi hak asasi' dan melihat hak hidup bahagia sebagai hak asasi yang paling besar bagi rakyat yang berpopulasi lebih 1.4 bilion, berturut-turut mencapai kemajuan dalam bidang hak asasi manusia melalui pembangunan modenisasi ala China.

Bagaimanapun, terdapat sejumlah negara yang bermotifkan politik bertindak mencipta dan menyebarkan maklumat palsu, berniat menindas dan mengekang pembangunan China melalui membangkitkan isu yang melibatkan China dalam UNHRC. Plot seumpama ini hanya akan menjadi sia-sia sahaja dan ditakdir gagal, terbukti dengan sokongan jelas daripada hampir seratus negara terhadap China dalam menangani masalah yang melibatkan Xinjiang, Tibet dan Hong Kong di UNHRC, dan keputusan sesi ke-51 UNHRC yang menolak draf melibatkan Xinjiang baru-baru ini.  

China menekankan bahawa apa yang paling wajar dibuat bagi negara-negara yang memfitnah China adalah bertindak menyelesaikan masalah hak asasi yang serius yang wujud di dalam negeri mereka dengan langkah sebenar, menghentikan langkah mencabuli hak milik kaum minoriti dan kaum lemah, menghentikan tindakan hegemoni dan amalan membuli, membatalkan semua sekatan sepihak yang haram terhadap negara membangun, dan menghentikan modus operandi yang berdalih pemeliharaan hak asasi mencampuri urusan negara lain yang menyebabkan kestabilan serantau terjejas.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan