China Kena Sekatan terhadap Institut Hudson dan Perpustakaan Ronald Reagan

(CRI)Isnin 10 April 2023

Kementerian Luar (MFA) China mengumumkan sekatan ke atas Institut Hudson dan Perpustakaan Ronald Reagan serta pengarah mereka sebagai tindakan balas terhadap pertemuan Tsai Ing-wen dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy.

Sekatan berkenaan berkuat kuasa mulai hari ini susulan dua institut terbabit menyediakan kemudahan kepada Tsai untuk melakukan aktiviti pemisah 'kemerdekaan Taiwan' di AS.

Menurut MFA, organisasi dan individu di China termasuk institusi pengajian tinggi dihadkan daripada menjalankan urus niaga, pertukaran atau kerjasama dengan kedua-dua institut itu.

Pengerusi Institut Hudson, Sarah May Stern dan presidennya John Walters serta bekas pengarah eksekutif Yayasan Reagan, John Heubusch dan ketua pentadbir Joanne Drake turut dimasukkan dalam senarai sekatan.

Empat individu tersebut dilarang memasuki China dan harta mereka di China dalam semua bentuk akan dibeku.

Pertubuhan dan individu di China juga tidak diizinkan menjalankan urus niaga, kerjasama atau aktiviti lain dengan mereka.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan